Thursday, May 7, 2009

IBU YANG GIGIH


IBU YANG GIGIH
Pada suatu hari, seekor ibu itik dan anak-anaknya sedang menuju ke kolam. Anak-anak itik mengekori ibu mereka dengan gembira dan berkuek-kuek. Tiba-tiba ibu itik ternampak seekor musang dari jauh. Dia ketakutan dan menjerit "Anak-anak cepat berlari masuk ke kolam. Ada musang!" Anak-anak itik pun berlari menuju ke kolam. Ibu itik terpinga-pinga memikirkan cara menyelamatkan anak-anaknya. Dia pun mula berjalan mundar mandir sambil menjatuhkan kepaknya ke tanah.
Apabila musang ternampak ibu itik, musang sangat gembira kerana fikirnya ibu itik itu tercedera dan senanglah untuk ia menangkap ibu itik tersebut. Lalu musang pun menuju ke arah ibu itik.
Apabila melihat muasang menuju ke arahnya ibu itik pun berlari menuju jauh dari arah kolam. Musang pun mengejar mengikuti si ibu itik.
Ibu itik menoleh dan melihat anak-anak itik sudah pun berada di dalam kolam. Berasa lega, ibu itik berhenti dan menarik nafas panjang.
Musang pun tersenyum kerana fikirnya ibu itik telah letih dan menghampiri ibu itik dengan lebih dekat. Dengan tiba-tiba, ibu itik mengepakkan sayapnya dan terbang tinggi menuju ke tengah kolam dan anak-anak itik pun berenang ke arahnya.
Si musang dengan rasa tidak percaya telah tertipu dengan helah si ibu itik.


SELAMAT HARI IBU.

No comments:

Post a Comment