Thursday, May 7, 2009

SEMPENA HARI IBU

Ibu, bagaimana saya nak balas jasa ibu?

Suatu hari seorang lelaki yang telah berjaya dalam kerjayanya bertanyakan ibunya " Ibu, bagaimana boleh saya balas jasa ibu? Apa yang ibu mahu supaya saya dapat membayar balik semua pengorbanan dan kasih sayang yang ibu telah berikan " Ibunya terkejut mendengar kata-kata anaknya dan berkata " Kamu tidak perlu balas jasa ibu, kerana itu adalah tanggungjawab seorang ibu." Tanpa putus asa dengan jawapan ibunya, lelaki itu terus bertanyakan lagi apa yang ibunya mahukan. Untuk memberhentikan desakan si anak, ibunya pun berkata " Malam ini, kamu tidur dengan ibu, seperti semasa kamu masih bayi. Boleh?" Walupun pelik dengan permintaan ibunya, dia pun bersetuju.

Setelah lelaki itu terlelap, ibunya bangun dan mengambil sebaldi air. Lalu menyiram secawan penuh air ke sebelah anaknya. Terasa tidak selesa disebabkan basah, anaknya mengalih badan ke bahagian yang kering. Setelah anaknya tertidur lagi, si ibu pun mencurahkan secawan lagi air ke sebelah yang lagi satu. Dengan rasa yang masih mengantuk, lelaki itu beralih ke penjuru tilam. Tidak lama kemudian, lelaki itu bangun kerana disitu juga telah basah.

Dia melihat ke arah ibunya yang sedang memegang secawan air, dengan marah dia berkata " Apa yang ibu buat? Macamana saya nak tidur kalau tilam basah?"

Lalu ibunya pun berkata " ibu tidur dengan kamu, walaupun kamu basah semasa sedang tidur, ibu tukar lampin kamu, dan alihkan kamu ke tempat yang kering. Sekiranya kamu nak membalas jasa ibu, tidurlah dengan ibu walaupun tilam kamu basah. Ibu anggap kamu telah balas jasa ibu."

No comments:

Post a Comment