SELAMAT HARI IBU -CERITA seorang gadis kecil
Pada suatu hari seorang lelaki singgah di kedai bunga untuk dikirimkan kepada ibunya yang tinggah jauh. Apabila keluar dari kereta, dia terlihat seorang gadis kecil teresak-esak menangis. Dia bertanya kepada gadis kecil itu kenapa menangis. Gadis kecil itu menjawab " Saya mahu membeli sekuntum bunga mawar untuk ibu saya, tetapi saya tidak ada duit. Saya hanya ada 70 sen tetapi sekuntum bunga harganya $2".
Lelaki itu tersenyum, dan membelikan sekuntum bunga untuk gadis kecil itu dan membuat pesanan bunga untuk dihantar kepada ibunya sendiri. Ketika keluar dari kedai bunga, dia bertanyakan sekiranya gadis kecil itu mahu tumpang pulang ke rumah. " Gadis kecil itu pun berkata " Ya, terimakasih dan tolonglah bawa saya berjumpa dengan ibu". Gadis kecil itu pun membawanyanya ke tanah perkuburan dan meletakkan sekuntum bunga mawar di atas pusara yang tanahnya masih merah. Lelaki itu kemudiannya, pergi semula ke kedai bunga, membatalkan kiriman bunga kepada ibunya, lalu membeli sejambak bunga mawar dan terus memandu pulang ke rumah ibunya.
SELAMAT HARI IBU.
PULANGLAH, jenguklah ibu anda sementara ibu masih ada.
Thursday, May 7, 2009
selamat hari IBU - cerita seorang gadis kecil
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment